Friday, 26 November 2021

3 Idiots...Antara Realiti Dan Fantasi


                               sumber Google

Dah banyak kali dah aku layan movie hindustan ni. Dulu berseorangan, lepas tu berdua dengan orang umah aku tadi aku layan dengan anak aku pulak 😁. Nak kata aku ni peminat tegar movie hindustan ni...boleh la kot 😁. Cuma sekarang ni dah kurang la sikit kot jika nak bandingkan masa aku sebelum kahwin kot.

Lantak la korang nak cop aku ni macam mana pun yang penting aku dengan anak aku seronok layan movie hindustan 3 Idiots ni.

Wednesday, 24 November 2021

Kita Dalam Era Endemik...Realitinya


Aku pun tak tahu nak tulis apa sebenarnya bila lihat tajuk macam ni kat media sosial. Yang mampu aku tuliskan disini aku sedih. Iye aku sedih, kita baru nak bernafas setelah 2 tahun kita ibarat bernyawa-nyawa ikan dengan apa yang berlaku.

Aku bukan nak salahkan peniaga bila ini terjadi. Kita termasuk pengguna memang marah bila semua ni terjadi. Nak tak nak kena jugak beli dan hadap.


Seperti yang aku tulis tadi aku tak nak ulas atau komen dengan apa yang berlaku. Cuma aku harap pihak kerajaan  pandang dan lihat la apa yang berlaku ni.


Sunday, 7 November 2021

Marah Marah Sayang Mengamit Kenangan


                           sumber Google

Pertama kali aku berterima kasih kepada saluran awesome kat astro kerana menayangkan kembali filem-filem di era 80an untuk tontonan seisi keluarga. Aku pasti untuk anak genarasi sekarang ini tak akan tengok filem ini mahupun filem dalam era aku mahupun yang lama lagi.

Rasa tua la pulak bila layan filem dalam era 80an ni 😁. Nak tak nak itu la hakikatnya kan. Walaupun aku dengan orang umah aku terhibur jugak layan cerita marah marah sayang ni, berbaloi la berebut dengan anak nak tengok filem melayu ( tak senonoh sungguh perangai aku 😁😁😁 ).



Iye cerita bertemakan muzikal komedi, biar pun dah berpuluh kali dah tengok tapi masih tak lapuk di zaman itu pada aku la pada orang lain aku tak tahu pulak. 

Bila layan cerita dalam era 80an secara tak langsung teringat la kembali kenangan ketika waktu tu. Tak kira la berapa pun umur dan keadaa korang waktu tu aku pasti akan Mengamit Kenangan baik yang manis,pahit ,suka mahupun duka. 

Kita masih kita cuma kita nak kenangan kan balik dan ingatkan balik kisah kita ketika tu je. Masa tak akan boleh kita ubah dah cuma menjadi sejarah untuk kita kenang je. Yang lepas tu biar la lepas.

Aku tak nak ulas tentang jalan cerita dalam blog aku ni. Jika korang nak tahu korang boleh je Google dah banyak dah orang yang ulas jalan cerita melayu ni. Aku memang tak ada niat pun nak tulis kearah ulasan cuma aku tulis nak bagi tahu je aku tengok cerita ni tadi kat TV aku tadi ( waktu aku menulis ).


Monday, 1 November 2021

Dah November Dah Kita


Gambar Google

Hari ni hari pertama dalam bulan November. Maka secara tak langsungnya tinggal sebulan lagi je untuk kita mengucapkan selamat tinggal pada tahun 2021. Pejam celik pejam celik dah hujung tahun 2021 dah rupanya, kejap sungguh masa berjalan.

Dan aku takda pulak nak aku tulis untuk post aku ni maklum la dah lama sungguh aku tinggalkan blog aku ni. Rasa kaku la pulak bila dah tinggal lama.

Insyallah aku akan cuba kembali aktif kat blog aku ini nanti. Walaupun aku bukan la seorang blogger yang terkenal tapi aku tetap aku dan aku menulis bukan kerna nama. Itu la yang aku pegang selama ni.

Monday, 14 June 2021

Hanya Rm16 Je 'Gelang Pintar' Aku Ni


Terus terang aku tulis kat sini dulu aku tak pandang sangat benda ni. Sebelah mata pun aku tak pandang, iye masa tu aku fikir nak buat apa dengan benda ni kat tangan walaupun aku tahu fungsinya.

Tapi dalam keadaan pendemik covid-19 sekarang ni baru la aku sedar betapa penting dan berfungsinya benda ni. Tambahan lagi aku sekeluarga pernah menjadi pesakit covid-19 positif. Maka nak tak nak kena beli la. 

Pada mulanya orang rumah aku nak cari jenis seperti gambar kat bawah ni je.

Tapi dengan bijaknya tambahan pengaruh kawan orang rumah aku yang baru beli jenis 'gelang' maka dengan bersungguh la orang rumah aku meneroka kat Shopee.

Apa lagi bermacam jenis dan harga la yang ada kat dalam shopee tu. Ada yang berjenama dan harga pun boleh tahan la jugak. 

Akhirnya jenis ni orang rumah aku menjadi pilihan hati.

Harganya pun alhamdullilah mampu milik hanya rm16 je tambahan dengan fungsi nya seperti kat dalam gambar bawah ni.