Monday, 27 April 2020

Review Movie : Insan Terpilih


Terus terang aku katakan aku sekarang aku ni dah tak layan dah tengok movie atau drama melayu yang terkini, senang cakap aku nak baikot dah artis Malaysia dah. Mana aku tak baikot ada sesetangah artis ni dah kurang ajar dengan kita sebagai penyokong diorang dan naikkan diorang.

Tapi kali ni aku bukannya tewas atau nak jilat ludah aku balik. Semalam aku layan drama melayu yang bertajuk INSAN TERPILIH. Kenapa aku layan drama ni? Pertama kerana drama ni berkisahkan ' based on ' dari kisah benar, yang keduanya tiada pelakon yang nak aku baikot.


Insan terpilih walaupun hanya kisah drama tapi walaupun based on kisah benar, terus terang aku katakan jalan ceritanya boleh membuat hati akan sayu dengan insan yang bernama Firdaus. Walaupun tidak sempurna akal, Firdaus insan yang terpilih untuk menerima ujian daripada penciptanya. 

Tadi aku kata INSAN TERPILIH ni based on kisah benar jadi aku nak kongsi la dengan korang kat mananya based on kisah benar ni.

Perkongsian ini diceritakan oleh salah seorang Jemaah sebuah surau di Klang, Selangor Darul Ehsan. Telatah Husien Si Orang Gila ini selalu buat jemaah surau terkejut sehingga kematiannya dirasai.

Patutlah dah lama tak nampak Hussein, rupanya dia dah pergi meniggalkan dunia yg fana ini. Dia di gelar Husein gila sebab dari zahirnya kita lihat dia tak seperti orang biasa atau normal.

Dia selalu ada di surau-surau. Kerja dia mengutip benda-benda kotor di karpet surau dan dimasukkan ke dalam poketnya. Pernah jemaah surau bagi dia penyapu tapi dia tak nak. Katanya, rugilah kalau aku pakai penyapu kalau satu aku kutip guna tangan 10 ganda ALLAH SWT bagi aku. Jadi jemaah tak bleh nak kata apa-apa.

Kadang-kadang dia cuci bilik air surau, dia berus lantai dinding-dinding semua. Kalau satu bilik air dia berus smpai satu hari pun tak siap. Sebab apa? orang bagi berus dia tak nak. Dia nak gunakan berus gigi nya.

Bila di tanya, katanya rugilah kalau pakai berus lantai, sekejap dah siap, tak sampai sejam dah siap. Kalau pakai berus gigi malam baru siap. Setiap kali aku berus waktu berlalu ALLAH SWT bagi aku hadiah nanti, jadi dapat banyak.

Astaghfirullah Al Azim. Orang bagi duit tak nak. Dia kata ‘aku ada tangan, ada kaki boleh jalan-jalan cari makanan yang orang buang, membazir berdosa. Aku tak perlukan duit. Aku makan untuk hidup nak bersihkan surau’. Subhanallah!

Pelik perangai Husein ni. Kadang-kadang dia kutip-kutip nasi satukan semua lepas tu letak kat lantai. Bila ditanya dia jawab ‘semut pun makhluk ALLAH SWT, kalau kucing boleh bagi makan macam ni kenapa semut tak boleh?’.

Last-last jemaah imam biarkan sahaja apa dia buat. Orang solat dia tak solat. Pernah jemaah tanya, ‘Hussein marilah solat sama?’ Dia tempik nya jemaah tu. ‘Kan ALLAH SWT kata orang gila tak wajib solat, tak wajib lah, kau solat la! SubhanALLAH.

Siapa Husein ni sebenarnya? Yang tahu kisah asal, dia ni pelajar pondok. Dulu mak tirinya suka dera, pukul dia. Bapak dia pun sama, sampailah dia tekanan, merayau-rayau tak tentu arah.

Paling terkejut skali Husein bebel2. ‘Mana muazzin ni tak azan ke dah nak Maghrib ni, aku jelah Azan kan’. Jemaah tahan dia tapi imam surau suruh biarkan sahaja.

Subhanallah saat dia Azan, menitik air mata imam jemaah mendengarnya. Lebih sempurna daripada kita yang ada. Kata imam surau tu, bila ditanya Husein ‘Pandai kau Azan ye?’ Jawabnya, ‘memanglah pandai dah hari-hari aku kat sini, aku solat je tak wajib. Aku solat tapi cara aku la. ALLAH SWT tak wajibkan aku. Korang pun tak suka aku, semua duduk jauh-jauh’. Lepas tu dia gelak.

Saat jenazah Husien sampai.. ketika dimandikan. Tiga orang tukang mandi jenazah bertukar-tukar kerana tak sanggup. Menggigil, menangis, sebak melihat jenazah Husein. Mukanya berseri-seri, dulu hitam berdaki, gigi yang berkarat jadi putih bersinar, bau busuk hilang begitu sahaja. Wanginya jenazah Husein sehingga kalah bau haruman atar jemaah yang pakai.

ALLAHU AKBAR. Kalian nak tahu, dari zahirnya kita nampak dia gila.. tapi hakikatnya dia bijak, kita lihat dia berdaki, kotor, busuk. Zahirnya bila dimandikan kelihatan sifat asal sebenar arwah.

Seminggu Surau sunyi sepi. Sebulan silih berganti imam bertukar-tukar sebab nak mendoakan Husein. Jenazah imam pun tak sampai macam tu orang doakan. Bayangkann 30 hari setiap kali lepas solat, mesti mendoakan kesejahtraan Husein sampai menitis air mata imam dan jemaah rindukan Husein gila.

Kita ni terhijab zahir sehingga tak nampak dalamannya.

Semoga menjadi iktibar buat kita smua yang masih hidup dan mencari-cari kesempurnaan di dunia persinggahan ini.

ALLAH SWT pandang nawaitu kita, hati kita, ketulusan dan keikhlasan serta keimanan, ketaqwaan, keislaman, ketaatan dan kesetiaan kita. Bukan pada rupa, warna kulit, status, harta, pangkat, darjat, kepuraan zahir batin.

Muhasabah diri sendri dan utk saudara seislamku untuk sedar daripada khayalan yang samar dan kembali kepada janji kita yang nyata kpd ALLAH SWT YANG HAQ.

Kredit : Sebuah Surau ALLAH SWT di kampungan Klang Selangor.

*gambar sekadar hiasan

Saturday, 25 April 2020

Pemohonan Pergerakan Rentas Antara Negeri Pada 1 Mei Hingga 3 Mei 2020

Bagi mereka yang balik kampung sebelum arahan PKP ( Perintah Kawalan Pergerakan ) dan ingin pulang ke Bandar korang dah boleh mengisi borangnya bermula esok 27 April 2020. 

Kelulusan dan kebolehan untuk mereka pulang semula ke bandar hanya dibenarkan kepada yang mengisi borang secara online. Kelulusan hanya diketahui pada 1 Mei 2020 dan korang hanya boleh periksa samada lulus atau tidak pada hari itu jugak.

TERKINI: Permohonan Pergerakan Antara Negeri semasa Perintah Kawalan Pergerakan untuk tujuan yang dibenarkan boleh dibuat melalui Aplikasi Gerak Malaysia mulai 26 April

Sumber @KDNPUTRAJAYA 

Cara guna aplikasi (rujuk gambar) & muat turun melalui panduan:
https://t.co/GjeFSciLZH
https://t.co/G65gEkEjp9

Perhatian :


Review Buku : Bukan Kerana Aku Tak Cinta


 Cinta itu hadir kerana perkenalan...
Bersemi kerana perhatian...
Bertahan kerana kesetiaan...
Namun cinta itu bisa gugur kerana satu kebohongan...

Apa yang aku tulis kat atas tu bukan aku yang tulis ye tapi aku copy dan paste je dari buku novel ni.

Jika korang seorang pencinta novel aku nak korang baca novel bukan kerana aku tak cinta ni. Pada aku yang telah membacanya tak akan mengecewakan. Dan aku puji penulis novel ni menulis sebuah novel yang memang tak membosankan.

Plot dalam novel ni takda la pening atau berbelit-belit senang aku tulis novel ni senang nak faham dan memang layan habis. Dari satu muka surat ke muka surat yang lain aku duk layan baca novel BKATC (Bukan Kerana Aku Tak Cinta) ni.

Penulis novel ni menerapkan genre romantik komedi dengan baik sekali. Aku kekadang tersenyum sorang-sorang bila baca novel ni. Iye mana tak senyum jika ayat yang digunakan penulis adalah ayat yang biasa kita guna. Alah ayat pasar la senang sikit korang faham.

Terus terang aku katakan aku menyampah jugak waktu Mastura yang mana seorang gadis yang berkelulusan undang-undang tergedik-gedik mengoda Jebat atau nama sebenarnya Ahmad Ziyad. 

Macam biasa la novel cinta, tak akan lepas dari babak percintaan, bahagia, konflik dan akhirannya bahagia. Korang semua termasuk aku dah tahu macam tu. Tak akan ada yang pengakhiran novel cinta dengan kecewa.

Dalam novel ni JEBAT atau Ahmad Ziyad lelaki berdarah campur melayu dan cina. Seorang anak muda yang mempunyai sejarah hitam yang telah ditinggalkan dan berhijrah kearah kebaikan. Dengan bantuan abang Jebat iaitu Wahab, Jebat dapat kerja dengan Uwais seorang majikan yang baik dan secara tidak langsung menjadi pebimbing untuk Jebat berubah.

Dalam masa yang sama Jebat telah menjadi tarikan kepada Mastura yang merupakan adik ipar Uwais, dengan sifat Jebat yang rajin,tenang, dan boleh aku katakan Jebat ni lelaki melayu terakhir.

Maka bermula la babak Mastura mengoda Jebat untuk menarik perhatian. Perigi mencari timba itu yang boleh aku kata kan dengan perangai Mastura ni. Tapi...

Untuk seterusnya korang kena la cari dan baca novel BUKAN KERANA AKU TAK CINTA ni.

Friday, 24 April 2020

Buat Baik Kena Kecam, Buat Jahat Lagi La Dikecam

Alhamdullilah dah selasai dah kita jalani ibadah puasa kita hari ni. Macam mana puasa korang ada kelainan ke puasa korang tahun ni? Pada aku sama je seperti tahun-tahun yang lepas tapi yang beza pun hanya takda bazar ramadan je la sebab sekarang ni kita kena patuh arahan PKP.

Apa yang nak aku tulis adalah tentang padangan aku tentang kisah viral sekarang ni. Aku bukan nak tegakkan benanng yang basah, tapi aku punyai hak untuk aku bersuara selagi tak melanggar undang-undang negara Malaysia.

Aku sedih dengan apa yang berlaku dengan orang yang buat baik ni. Kena marah dan kena kecam puncanya hanya kerana kerata mewah dan tak memaklumkan kepada pihak berkuasa negeri.

Terus terang aku katakan aku rasa jijik mereka yang berilmu dengan mengeluarkan kata-kata yang aku boleh tuliskan kat sini sebagai 'low standard '. Engkau orang yang berilmu tapi cara dan tindak tanduk kau bagai orang tak berilmu.

Aku jugak hairan sebelum adanya kisah yang dah jadi viral ni takda pulak muncul muka-muka yang berlagak suci ni. Sesetengah mereka yang buat baik ni dah lama buat kerja kebajikan dengan memberikan sumbangan dan pertolongan ni. Bukan sebab terwujudnya wabak covid-19 dan arahan PKP baru muncul orang baik ni. 


Aku bukan nak kata tiada mereka yang berkepentingan Dan mereka yang mampu yang tiada dalam buat pekara baik. Mereka ni ada dan mereka memang buat pekara baik dalam membantu dan memberi sumbangan kepada mereka yang memerlukan.

Tapi aku lebih suka kepada mereka yang bukan mengharapkan bantuan orang lain untuk memberikan sumbangan. 

Aku kongsi kan tuliasan daripada insan yang baik tapi...


Menangis dari tadi. Cuma nak menangis pada Allah. Entahlah. Tersandar rasa. Rasa penat sangat. Walau saya ada kebenaran untuk memberi bantuan. Dari tengah malam semalam saya dihubungi untuk ke Cawangan Khas Bukit Aman. Terus ke sana hari ini untuk mendapatkan dan memberi penjelasan terutama kes viral beberapa hari lalu kerana ada aduan. Atas nasihat setakat ini sahajalah saya berkhidmat membantu semua yang dalam kesusahan. Mereka semua baik-baik melayan saya dengan sangat baik. Terima kasih sangat. 

Cuma sayalah terasa sedih sangat. Andai saya menyusahkan sesiapa saya minta maaf. Saya memang tak boleh tengok orang tidur atas najis atau tepi jalan. Lebih seratus orang dah saya bayar penginapan dan tempat tinggal. Cuma beberapa kes tu saya kongsikan dengan kawan di media fb saya. Saya pun tak niat nak viral apa ke.Ramai anak-anak susah terbiar tahfiz saya bayarkan yuran mereka. Perniagaan saya sebenarnya sangat baik. Syukur pada Allah. Rezeki melimpah ruah. Saya belanja duit saya sendiri dari dulu lagi untuk bantu orang dimana-mana. Masa pkp ini dah berjuta habis. Duit simpanan saya sendiri dah sejuta ringgit saya belanjakan. Sekarang ramai juga mula bersama saya dalam kerja membantu dan menyelamatkan mereka yang dalam kesusahan termasuk frontliner.

Saya minta maaf. Saya memang jadikan media ini medan berkongsi rasa kasih sayang dengan semua. Tadi menangis saya beri keterangan pada beberapa pegawai sebab penat kot. Serius penat sangat. Saya tak salahkan sesiapa. Saya bukan ahli politik. Saya bukan sesiapa. Cuma cina Islam yang sayangkan Islam dan Negara Malaysia.

Saya minta maaf pada semua yer. Atas nasihat setakat ini sahajalah saya berkhidmat pada semua secara langsung. Saya cuma akan transfer duit pada orang susah. Saya teruskan dari rumah sahaja. Jangan tag saya lagi kes orang susah. Nanti habis PKP baru saya cuba bantu. 

Saya cuma nak peluk anak saya. Saya nak peluk bidadari saya. Selamat Ramadhan pada semua. Jika ini harga perlu dibayar setelah semua ini saya reda. Saya minta maaf pada semua ye. Saya salah. Kepada Allah saya berserah. Ya Allah aku adukan sedih aku, susah aku hanya kepada Engkau.

Salam Ramadan 1441


Hari ni 24 April 2020 bersama dengan 1 Ramadan 1441 hijrah, aku mengambil kesempatan ini nak ucapkan salam Ramadan dan selamat menjalani ibadat puasa.

Ramadan tahun ni aku, korang mahupun sesiapa pun pasti tak akan dapat melupakan dan aku rasa iya akan menjadi satu sejarah. Malahan jika ditakdirkan umur kita panjang kita akan menceritakan apa yang berlaku pada hari ini kepada anak, cucu mahupun cicit kita.

Iye la Ramadan tahun ni kita semua menyambutnya dalam suasana kita berada dalam perintah kawalan pergerakan ataupun PKP. Bagi yang mereka yang selalunya menyambut Ramadan di kampung, tahun ni iya tidak dapat dilakukan. Usah sedih, usah berdukacita, bulan Ramadan tetap bulan Ramadan.

Sebagaimana yang Perdana Menteri kita katakan semalam. Bulan Ramadan tahun ni jadikan sebagai Bulan untuk kita berjihad bersama dalam memerangi wabak covid-19 ni. Dan semalam jugak dalam perutusan khas Perdana Menteri kita telah PKP ni dilanjutkan lagi sehingga 12 MEI 2020.


Sebagaimana kita semuanya tahu dalam beberapa hari ni bilangan kes baru untuk covid-19 ni hanya 2 angka, itu tak bermakna kita dah boleh tarik nafas lega. Perjalanan kita dalam memerangi wabak ni masih panjang lagi. Cuma apa yang mampu kita lakukan sebagai orang Islam pohon doa kepadanya moga dengan keberkatan dalam bulan Ramadan ini wabak covid-19 ni akan dapat kita perangi. Amin.